Wednesday, March 4, 2009


HADIS RIWAYAT BAIHAQI & THABRANI DARI MA'QIL BIN YASAR....
Nabi mengingatkan: "Sesungguhnya jika kepala seseorang daripada kamu ditikam jarum dari besi, itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh seseorang wanita yang tidak halal baginya..."

CINTA...CINTA...CINTA...LUV...LUV..LUV

MENGAPA HARUS CINTA???


Cinta yang didambakan adalah cinta yang merangsang perasaan, cinta yang menaikkan semangat perjuangan dan cinta yang memberi makna dalam kehidupan....


PERLUKAH CINTA?


Cinta adalah fitrah semulajadi yang dianugerahkan ALLAH kepada manusia. Pakar psikologi cinta Islam menjalankan kajian mengenai cinta berlandaskan wahyu yang diturunkan oleh ALLAH. Cinta yang digambarkan dalam kebanyakan ayat-ayat Quran dan hadis Rasulullah didapati sebagai cinta yang mempunyai pelbagai versi, tujuan dan matlamat. Cinta tidak hanya dipandang sebagai hubungan sesama manusia sahaja tetapi melibatkan hubungan dengan Tuhan, perbuatan dan seluruh kehidupan manusia.

"Orang yang dapat menguasai rohaninya (IMAN) adalah orang yang gagah dari general yang dapat menakluki "satu bandar"

PUTUS CINTA
Biasalah setiap yang hidup pasti akan melalui kematian. setiap yang bertemu akan melalui perpisahan. Itulah lumrah kehidupan dan hakikat hidup. Tiada siapa yang boleh lari darinya. begitu juga orang yang bercinta. Adakalanya kita akan melalui kegagalan dalam percintaan yang kita lalui. Macam-macam perasaan yang akan melanda diri. Sedih, kecewa, geram , sakit hati, benci dan macam-macam lagi perasaan yang melanda dalam diri.

Namun apapun perasaan yang melanda hanya satu je ubatnya.....INGATLAH ALLAH SWT...dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Kita kena ingat bahawa ALLAH yang mewujudkan "insan itu" dalam hidup kita dan kita kena sedar bahawa ALLAH juga membuka hati kita untuk mencintai "insan itu". Anggaplah bahawa datangnya "insan itu" dalam hidup kita hanya sebagai pinjaman dari ALLAH sekadar untuk menguji keimanan dan kekuatan cinta kita pada-NYA. bagi orang yang beriman mungkin dia akan sedar tentang qada' dan qadar Allah untuk dirinya, namun bagi yang lemah imannya...mungkin dia akan terus hanyut dengan perasaannya. sebagai manusia yang lemah, kita sedar bahawa kegagalan disebalik perhubungan itu sebenarnya terdapat pelbagai hikmah di sebaliknya.

Sedar ataupun tidak, sebenarnya Allah mengharapkan agar hambanya perbaik diri. itulah ubat yang kedua....PERBAIKI DIRI... Sepanjang percintaan banyak kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar. kita hanyut dengan perasaan, nafsu menguasai diri, maksiat sana sini dan dosa terus berpanjangan dan tak terhitung banyaknya.

YES...pada peringkat awal putus cinta mungkin kita akan merasakan bahawa hidup ni tak adil bagi diri kita. Kenapa dia tinggalkan saya? Kenapa saya tak pernah bahagia...? Terlalu banyak persoalan dalam diri....kenapa? kenapa? kenapaaaaaaaa????? Kita memang akan merasakan kesakitan dan kesengsaraan itu. Tapi itu hanya sementara sahaja. sakit untuk jangka masa pendek je. Kebahagiaan akan menanti kita disana. Anggaplah bahawa Allah dah sediakan seseorang yang jauh lebih baik daripada bekas kekasih kita.... Hanya DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya.

Allah sayangkan hambanya....
Bagi saya biarlah saya sakit didunia ini kerana matlamat saya adalah "hidup untuk akhirat" Jadi, kehidupan saya adalah untuk berjuang. Saya berjuang untuk akhirat. Tapi di akhirat pun belum tentu saya akan bahagia. Jadi masa hidup inilah saya harus berjuang untuk mendapat kebahagiaan di akhirat...iaitu "SYURGA". Tapi bagaimana???

INGATLAH ALLAH SELALU KERANA ALLAH TIDAK PERNAH MELUPAKAN HAMBA-HAMBANYA WALAU SESAAT SEKALIPUN....

Jika Allah sentiasa dihati, pastinya setiap tingkahlaku kita akan sentiasa berjaga-jaga dan insyaALLAH kita akan sentiasa berada dibawah perlindungan dan rahmat-NYA....

2 comments:

  1. cinta yang paling AULA.. cinta kepada Allah

    ReplyDelete
  2. banyak kali jatuh cinta dan putus cinta memuatkan seseorang itu lebih matang dan akan dapat seseorang yang lebih baik dari sebelumnya...betul tak?bmakna: yg lbih encem gitu...

    ReplyDelete