Wednesday, March 4, 2009


HADIS RIWAYAT BAIHAQI & THABRANI DARI MA'QIL BIN YASAR....
Nabi mengingatkan: "Sesungguhnya jika kepala seseorang daripada kamu ditikam jarum dari besi, itu adalah lebih baik baginya daripada menyentuh seseorang wanita yang tidak halal baginya..."

CINTA...CINTA...CINTA...LUV...LUV..LUV

MENGAPA HARUS CINTA???


Cinta yang didambakan adalah cinta yang merangsang perasaan, cinta yang menaikkan semangat perjuangan dan cinta yang memberi makna dalam kehidupan....


PERLUKAH CINTA?


Cinta adalah fitrah semulajadi yang dianugerahkan ALLAH kepada manusia. Pakar psikologi cinta Islam menjalankan kajian mengenai cinta berlandaskan wahyu yang diturunkan oleh ALLAH. Cinta yang digambarkan dalam kebanyakan ayat-ayat Quran dan hadis Rasulullah didapati sebagai cinta yang mempunyai pelbagai versi, tujuan dan matlamat. Cinta tidak hanya dipandang sebagai hubungan sesama manusia sahaja tetapi melibatkan hubungan dengan Tuhan, perbuatan dan seluruh kehidupan manusia.

"Orang yang dapat menguasai rohaninya (IMAN) adalah orang yang gagah dari general yang dapat menakluki "satu bandar"

PUTUS CINTA
Biasalah setiap yang hidup pasti akan melalui kematian. setiap yang bertemu akan melalui perpisahan. Itulah lumrah kehidupan dan hakikat hidup. Tiada siapa yang boleh lari darinya. begitu juga orang yang bercinta. Adakalanya kita akan melalui kegagalan dalam percintaan yang kita lalui. Macam-macam perasaan yang akan melanda diri. Sedih, kecewa, geram , sakit hati, benci dan macam-macam lagi perasaan yang melanda dalam diri.

Namun apapun perasaan yang melanda hanya satu je ubatnya.....INGATLAH ALLAH SWT...dari DIA kita datang, kepada DIA kita kembali. Kita kena ingat bahawa ALLAH yang mewujudkan "insan itu" dalam hidup kita dan kita kena sedar bahawa ALLAH juga membuka hati kita untuk mencintai "insan itu". Anggaplah bahawa datangnya "insan itu" dalam hidup kita hanya sebagai pinjaman dari ALLAH sekadar untuk menguji keimanan dan kekuatan cinta kita pada-NYA. bagi orang yang beriman mungkin dia akan sedar tentang qada' dan qadar Allah untuk dirinya, namun bagi yang lemah imannya...mungkin dia akan terus hanyut dengan perasaannya. sebagai manusia yang lemah, kita sedar bahawa kegagalan disebalik perhubungan itu sebenarnya terdapat pelbagai hikmah di sebaliknya.

Sedar ataupun tidak, sebenarnya Allah mengharapkan agar hambanya perbaik diri. itulah ubat yang kedua....PERBAIKI DIRI... Sepanjang percintaan banyak kesilapan yang kita lakukan tanpa sedar. kita hanyut dengan perasaan, nafsu menguasai diri, maksiat sana sini dan dosa terus berpanjangan dan tak terhitung banyaknya.

YES...pada peringkat awal putus cinta mungkin kita akan merasakan bahawa hidup ni tak adil bagi diri kita. Kenapa dia tinggalkan saya? Kenapa saya tak pernah bahagia...? Terlalu banyak persoalan dalam diri....kenapa? kenapa? kenapaaaaaaaa????? Kita memang akan merasakan kesakitan dan kesengsaraan itu. Tapi itu hanya sementara sahaja. sakit untuk jangka masa pendek je. Kebahagiaan akan menanti kita disana. Anggaplah bahawa Allah dah sediakan seseorang yang jauh lebih baik daripada bekas kekasih kita.... Hanya DIA yang lebih tahu apa yang terbaik untuk setiap hambanya.

Allah sayangkan hambanya....
Bagi saya biarlah saya sakit didunia ini kerana matlamat saya adalah "hidup untuk akhirat" Jadi, kehidupan saya adalah untuk berjuang. Saya berjuang untuk akhirat. Tapi di akhirat pun belum tentu saya akan bahagia. Jadi masa hidup inilah saya harus berjuang untuk mendapat kebahagiaan di akhirat...iaitu "SYURGA". Tapi bagaimana???

INGATLAH ALLAH SELALU KERANA ALLAH TIDAK PERNAH MELUPAKAN HAMBA-HAMBANYA WALAU SESAAT SEKALIPUN....

Jika Allah sentiasa dihati, pastinya setiap tingkahlaku kita akan sentiasa berjaga-jaga dan insyaALLAH kita akan sentiasa berada dibawah perlindungan dan rahmat-NYA....

Tuesday, January 27, 2009

TINGKAT MANUSIA

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r.a. menghadap Rasulullah s.a.w. dan bertanya:


"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepada ku mengenai firman Allah s.w.t. ....

..."Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris" (Surah an-Naba;1)


Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu baginda menjawab:


"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan. Masing2 dengan pembawaan mereka sendiri..."


Maka dinyatakan 12 barisan itu;


Barisan 1:

Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih. "Mereka itu adalah orang2 yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka ini balasannya dan tempat mereka kembali adalah neraka..."


Barisan 2:

Diiringgi dari kubur dengan berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih; "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka...."


Barisan 3:

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "mereka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan 4:

Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.

"Mereka adalah pendusta di dalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


Barisan 5:

Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu, Allah s.w.t. menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s.w.t. maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan 6:

Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balsannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan 7:

Diiringi ke kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali neraka..."


Barisan 8:

Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kaki di atas dan kepala dibawah. "Mereka ini adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah neraka...'


Barisan 9:

Diiringi dari kubur dengan wajah yang hitam legam dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


Barisan 10:

Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Meraka adalah orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, maka inilah balasan mereka dan tempat mereka kembali adalah neraka...."


Barisan 11:

Diiringi dari kubur dalam berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasan mereka dan tempat mereka kembali adalah neraka...."


Barisan 12:

Diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar2 laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan; "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, mereka meninggal dunia dalam keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat mereka kembali adalah SYURGA. Mereka akan mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih...

Thursday, January 8, 2009


gambar kenangan ida & salah seorang rakan karib waktu kat umt dulu...sape tak kenal abg jo
"TOM TOM JOE....."

Saturday, December 13, 2008


assalamualaikum...
kepada semua kawan2,harap sudi2lah jadi follower saya. kitae dapat rapatkan semula hubungan kita.harap kita takkan terpisah....